Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 BERITA CHELSEA

Go down 
2 posters
AuthorMessage
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: BERITA CHELSEA   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeMon May 25, 2009 10:21 am

Penyerang lahir minat terus bantu Chelsea selagi khidmat diperlu






LONDON: Penyerang Chelsea, Didier Drogba, menegaskan bahawa beliau masih berminat untuk kekal di Stamford Bridge selagi kelab Liga Perdana England itu mahukan khidmatnya.

Pemain yang sering mencetuskan kontroversi itu melalui musim yang agak berliku dan lebih kerap dikaitkan dengan pemindahannya ke Inter Milan untuk menyertai bekas jurulatih Chelsea, Jose Mourinho.

Bagaimanapun, Drogba kelmarin membuat pusingan-U apabila mendakwa bahawa beliau akan terus membantu Chelsea mencatatkan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

'Saya yakin masa depan Chelsea terus hebat kerana kami telah menggerakkan sesuatu dan menarik ramai pemain berbakat ke sini,' kata Drogba kepada televisyen Sky Italia.

'Mereka tahu apabila mereka tiba di sini, mereka perlu berjuang dan mencabar bagi setiap trofi.

'Kelab ini telah pun mencatatkan sejarah tetapi ia mampu mencatatkan lebih baik lagi.

'Saya cukup bangga kerana menjadi antara sebahagian daripadanya dan saya mahu kekal di sini selagi tenaga saya diperlukan.'

Drogba turut dilanda kecederaan pada awal musim ini dan ia menjejas mutu persembahannya. Ini antara sebab mengapa beliau diketepikan jurulatih Luiz Felipe Scolari yang lebih condong memilih Nicolas Anelka.

Namun sejak pemecatan Scolari dan ketibaan Guus Hiddink, Drogba mula menikmati semula peranannya dan turut menyumbangkan beberapa gol penting Chelsea.

Walaupun berjaya meningkatkan semula tahap persembahannya, Drogba terus dibelenggu kontroversi terutama tindak-tanduknya ke atas pengadil dari Norway, Tom Henning Ovrebo, di akhir kekecewaan di tangan Barcelona dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Ini bukan kali pertama pemain berusia 31 tahun itu menghadapi tindakan disiplin kerana beliau pernah digantung tiga bulan selepas melontarkan semula wang syiling ke arah penonton semasa Chelsea kalah di tangan Burnley pada November lalu.

Drogba juga pernah diperintah keluar padang dalam final Liga Juara-Juara musim lalu kerana menampar pemain pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic.

Bagaimanapun, Drogba berazam tidak mengulangi kesilapannya yang lalu itu.

Seperti katanya:

'Saya kira saya bernasib baik kerana tingkah laku tersebut tidak kerap berlaku. Tetapi ada kalanya ia terjadi apabila anda hilang kawalan dan melakukan sesuatu yang kemudian anda kesali.'

Walaupun Drogba bertegas mahu kekal di Chelsea, desas-desus masih bertiup kencang yang mengaitkan pemain Ivory Coast itu bersama Inter untuk bergandingan semula dengan Mourinho - orang yang dikatakan bertanggungjawab di atas kejayaan yang dinikmatinya sepanjang kerjayanya.

'Mourinho cukup penting buat saya,' kata Drogba. 'Ketika saya bermain dengan Marseille dulu, beliau sudah tahu mengenai kemampuan saya.

'Saya menjaringkan gol dan bermain dengan baik sekalipun kami kalah. Beliau kemudian menghantar orangnya untuk meninjau prestasi saya dalam Piala Uefa.

'Ketika saya ragu-ragu sama ada mahu kekal di Marseille atau menerima tawaran Chelsea, Mourinho memberitahu saya: 'Anda seorang pemain yang bagus tetapi jika anda mahu menjadi pemain hebat seperti (Ruud) Van Nistelrooy dan Thierry Henry, anda perlu menyertai pasukan yang lebih kuat lagi'.

'Kata-kata tersebut cukup membakar semangat saya dan menjadi dorongan untuk menyertainya di Stamford Bridge.'

Sehubungan itu, jurulatih Inter itu - yang memimpin pasukannya menjulang Liga Serie A dalam musim sulungnya bertugas di Italy- tidak berselindung dengan penghargaan ke atas bakat Drogba, malah mengatakan secara terbuka mengenai harapannya melihat pemain itu menyarungi jersi kelab San Siro itu.

'Adalah mudah bagi jurulatih menjalankan tugas dengan pemain yang memiliki karisma seperti beliau,' kata Mourinho.

'Ini kerana beliau adalah antara segelintir pemain yang dilahirkan untuk bekerja keras, untuk menang, begitu taat selain menjadi sahabat yang boleh dipertanggungjawabkan.' - Soccernet.
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: ANCELOTTI BERI ISYARAT BERBEZA-BEZA   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeMon May 25, 2009 10:24 am

ROME: Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti, memberikan isyarat yang berbeza-beza mengenai masa depannya sedang namanya terus dikaitkan dengan kelab Liga Perdana England, Chelsea.

Berusia 49 tahun, jurulatih dari Italy itu tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Stamford Bridge sekalipun telah memberikan komitmen untuk terus kekal dengan Milan bagi musim depan.

'Saya 100 peratus akan kekal dengan Milan pada musim depan,' katanya menjelang menentang Roma dalam Serie A Italy.

Tetapi beliau menambah: 'Saya terbuka kepada sebarang tawaran. Tentunya, saya akan menyatakan saya berminat jika anda bertanyakan sama ada saya ingin memimpin Chelsea atau tidak.'

Ancelotti masih terikat dengan Milan untuk semusim lagi tetapi sejauh ini beliau belum menerima sebarang tawaran baru daripada kelab gergasi Italy itu.

'Saya akan menjadi jurulatih Milan sehingga 30 Jun 2010. Saya tahu tentang kedudukan saya. Saya tidak meragukan perkara ini.

'Tetapi reaksi saya kepada masa depan boleh ditunda beberapa hari ataupun beberapa tahun. Sejauh ini, saya tidak pernah berhubung dengan mana-mana pihak,' beliau memberitahu.

Sekiranya Milan memutuskan untuk menggantikan Ancelotti, antara calon yang disebut-sebut akan mengisi kekosongan tersebut termasuk bekas pemain Milan seperti Leonardo, Marco van Basten dan Frank Rijkaard.

Pada musim panas lalu, Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan Ancelotti bagi mengambil alih tempat Avram Grant tetapi Milan menolak tawaran kelab Stamford Bridge itu.

Tetapi dengan Guus Hiddink akan mengakhiri tugasnya selepas final Piala FA England nanti, Chelsea sedang berusaha mencari penggantinya.

'Saya tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Chelsea. Tahun lalu, saya ada berjumpa dengan mereka.

'Saya sedar setiap orang ingin mengetahui kedudukan saya tetapi bagi saya, kedudukan saya adalah jelas. Begitu juga dengan kedudukan kelab.

'Sejauh ini, saya tidak pernah mengadakan rundingan dengan Chelsea. Bagaimanapun musim ini belum berakhir,' beliau menambah.

Sebagai jurulatih, Ancelotti telah membantu Milan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali, pertama pada 2003 dan kemudian pada 2007. Selain itu, Milan juga adalah juara Serie A Italy pada 2004.

Sementara itu, ketua eksekutif Milan, Adriano Galliani, menegaskan pasukan itu tiada rancangan mahu mendapatkan seorang jurulatih yang baru.

'Saya tidak pernah berbincang dengan mana- mana jurulatih. Biarlah liga ini berakhir dan kemudian kita tunggu dan lihat,' katanya. -- BBC Sports.
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: 'Lampard sedia beraksi'   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeTue May 26, 2009 12:17 pm

SUNDERLAND (England): Guus Hiddink menyuarakan keyakinan tinggi betapa Frank Lampard dan mangsa kecederaan Chelsea yang lain bakal hadir dengan cukup cergas untuk menempuh perlawanan akhir Piala FA menentang Everton di Stadium Wembley, Sabtu ini.

Pemain tengah England, Lampard dan pertahanan Brazil, Alex tidak beraksi ketika kemenangan 3-2 Chelsea ke atas Sunderland dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin, sementara Juliano Belletti menarik diri selepas hanya 27 minit beraksi di Stadium Of Light.

“Frank dan Alex tidak berlatih pada permulaan minggu lalu tetapi kini sudah berlatih untuk dua hari sebelum perlawanan dengan Sunderland dan harus bersedia.

“Kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan lutut dan kami merehatkan mereka selepas perlawanan dengan Blackburn. Kami akan memantau keadaan Juliano selepas dia disepak di bahagian betis, tetapi saya mempunyai keraguan mengenainya,” kata pengurus Chelsea itu.

Selain Lampard dan Alex, Hiddink menurunkan kesebelasan terkuat di Sunderland dan ia adalah ujian persiapan fizikal sesuai yang dijanjikannya sebelum berdepan Everton yang dibimbing David Moyes.

Namun, pengendali Belanda yang akan kembali melatih skuad kebangsaan Russia secara sepenuh masa selepas perlawanan akhir Piala FA memberi gambaran dia tidak mempunyai pilihan banyak kerana Chelsea tidak mempunyai kekuatan pemain pelapis yang mencukupi.

“Orang yang mengikuti saya di Chelsea tahu mereka perlu meningkatkan kekuatan pelapis di kelab ini, kami mempunyai kekuatan yang bagus tetapi skuad yang sangat kecil.

“Chelsea harus bersaing untuk sekurang-kurangnya tiga kejuaraan setiap musim dan ia memerlukan 14 atau 15 pemain bertaraf tinggi, kelab ini memerlukan kualiti di setiap posisi,” kata Hiddink. - AFP
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: Hiddink yakin Lampard sihat   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeTue May 26, 2009 12:24 pm

SUNDERLAND - Guus Hiddink yakin Frank Lampard dan pemain Chelsea lain yang cedera akan cergas untuk perlawanan akhir Piala FA menentang Everton di Stadium Wembley Sabtu ini.

Pemain tengah England itu dan pemain pertahanan Brazil, Alex tidak beraksi menentang Sunderland selepas Chelsea berjaya mencatat kemenangan 2-0 kelmarin, sementara Juliano Belletti dikeluarkan pada minit ke-27 di Stadium Of Light.

"Frank dan Alex kedua-duanya tidak menjalani latihan pada awal minggu ini tetapi mereka telah mula berlatih dua hari sebelum perlawanan menentang Sunderland dan akan kembali cergas.

"Kedua-dua mengalami kecederaan di bahagian lutut dan kami merehatkan mereka selepas perlawanan Blackburn. Kita akan lihat bagaimana reaksi Juliano selepas melakukan sepakan. Namun yang menjadi persoalan sekarang ini ialah Belletti," kata Hiddink.

Ketika Lampard dan Alex diketepikan, Hiddink membariskan pasukan kesebelasan yang kuat menentang Sunderland untuk mempersiapkan pasukan menjelang pertembungan dengan pasukan bimbingan David Moyes.

Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu yang akan kembali melatih pasukan kebangsaan Rusia selepas saingan akhir Piala FA, mengakui dia tidak mempunyai banyak pilihan kerana Chelsea tidak mempunyai bilangan pemain yang ramai.

"Mereka yang mengikut saya di sini mengetahui Chelsea perlu memperkuatkan pasukan.

"Kami mempunyai pasukan yang bagus tetapi bilangan pemain sangat terhad.

"Chelsea perlu bersaing sekurang-kurangnya untuk berada di tempat tiga terbaik dan ia memerlukan bilangan pemain terbaik sehingga 14 atau 15 orang pemain. Kelab ini memerlukan pemain berkualiti di setiap posisi," kata Hiddink

Hiddink enggan memberi sebarang spekulasi mengenai siapa yang akan menggantikan tugasnya dan dia juga menolak untuk kembali semula dalam saingan Liga Perdana England (EPL) pada masa akan datang.

"Saya sudah katakan beberapa tahun sebelum ini, saya akan melakukan perkara yang berbeza dalam bola sepak dan tidak akan kembali untuk mentadbir pasukan kelab.

"Saya tidak mampu untuk mengekalkan janji jadi saya tidak berjanji sama ada untuk pulang semula ke England. Saya akan merindui saingan EPL kerana ia saingan yang menarik.

"Saya menikmati hampir setiap minit bersama Chelsea, ia sebuah kelab yang hebat dan organisasi yang bagus," kata Hiddink.

Pemain yang akan menentukan kejayaan Chelsea di Wembley ialah penyerang Perancis, Nicolas Anelka yang kembali menemui sentuhan.

Anelka meraih kasut emas EPL selepas menjaringkan tiga gol awal menentang Sunderland.

"Ia begitu menyeronokkan melihat Nicolas memenangi anugerah tersebut.

"Pertama sekali kami ke Sunderland untuk mencatatkan kemenangan tetapi kami berjaya membantunya memenangi kasut emas. Ia adalah yang terbaik buatnya dan semua orang di dalam kelab ini.

"Kami berbincang mengenainya pada separuh masa kedua kerana Nicolas begitu yakin dapat melakukannya. Pada akhir perlawanan dia melakukan jaringan yang hebat," kata Hiddink. - AFP
Back to top Go down
h20

h20


Posts : 53
Join date : 2009-04-24
Age : 53

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: Re: BERITA CHELSEA   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeTue May 26, 2009 3:20 pm

ya ya..da blues.......... cheers
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: CHELSEA TERUBAT JUA   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeMon Jun 01, 2009 10:13 am

Kepintaran Hiddink susun permainan tidak hampakan peminat





RAMAI yang mungkin simpati kepada Everton tetapi tiada siapa yang dapat menafikan Chelsea wajar menjulang Piala FA England.

Dikejutkan dengan gol seawal 26 saat permainan dimulakan, Chelsea membuktikan perwatakannya dengan bangkit bagi mengecapi kemenangan 2-1 dalam final di Stadium Wembley kelmarin.

Kejayaan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan Chelsea, terutama sekali apabila ia tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di tangan Barcelona menerusi peraturan gol di padang lawan.

Ia turut memberi kepuasan langkah mengambil Guus Hiddink sebagai jurulatih sementara menggantikan Luiz Felipe Scolari yang dipecat Februari lalu membawa ganjaran.

Jadi, tidak hairanlah jika jurulatih dari Belanda itu mendapat sanjungan para pemain, pegawai dan penyokong kelab dari Stamford Bridge itu.

Malah, jika tidak kerana komitmennya mahu kembali memimpin pasukan Russia, Hiddink menjadi pilihan mereka untuk terus memimpin Chelsea.

Sekalipun agak keberatan mengucapkan selamat tinggal, kejayaan itu memberi kepuasan kepada Hiddink selama 104 hari bersama Chelsea.

Selain daripada menunjukkan kegembiraannya meraikan kemenangan itu di depan para penyokongnya di Stadium Wembley, Hiddink kelihatan menari-nari di bilik persalinan meskipun di sebalik kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan anak buahnya itu.

'Ini adalah antara pencapaian terbesar - memenangi kejuaraan salah satu pertandingan bola sepak bersejarah di dunia,' tegas jurulatih berusia 62 tahun itu.

'Sikap mereka mahu bekerja dengan saya sungguh hebat sekali dan ini menyebabkan saya sedih meninggalkan mereka. Tetapi kami wajar berseronok selepas mencapai apa yang dihajati.

'Kami mempunuai skuad berbilang nasional - dari Amerika Selatan, Eropah dan Afrika - dan kami sama-sama berdansa merayakan kemenangan ini.'

'Kami semua tahu beliau adalah jurulatih yang baik dan kami tentu sekali berasakan kehilangannya,' tegas pengerusi Chelsea, Bruce Buck, mengulas 'kepulangan' Hiddink kepada tugas tetapnya sebagai jurulatih pasukan Russia.

'Terdapat beberapa jurulatih terkemuka di dunia dan beliau adalah salah seorang daripada mereka.'

Menurut Hiddink, semasa usia mudanya sebagai jurulatih, beliau cuba menyaksikan final Piala FA dan tidak hairan pencapaian memimpin pasukan menjuarainya ditempatkan sejajar dengan kejayaan memenangi Piala Eropah dan Liga Belanda.

'Piala FA adalah antara kejuaraan terbesar dan saya seperti tidak percaya memenanginya,' tegas jurulatih berpengalaman itu.

Kejayaan Chelsea itu didorong oleh keupayaan Hiddink memupuk perpaduan dan disiplin dalam skuad Chelsea, di samping mentaliti untuk mengecap kemenangan.

Mentaliti itulah yang menguatkan azam dan keyakinan para pemain Chelsea.

Mereka membuktikannya dengan baik selepas menerima kejutan awal.

Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha, membuat kejutan dengan membuka jaringan menerusi gerakan pantas dari sepak mula.

Tetapi seperti yang sering dilakukan, Chelsea kembali melancarkan serangan bertali arus dan Didier Drogba memintas di hadapan pemain pertahanan Everton untuk menanduk bola umpanan Florent Maluda bagi gol penyamaan pada minit ke-21.

Sekalipun kemampuan Chelsea menjuarai Piala FA tidak diragukan, ia terpaksa menunggu hingga minit ke-72 bagi Frank Lampard menjaringan gol kemenangannya.

Sungguhpun puas hati, Hiddink agak terkilan kerana bukan pasukannya yang menentang Manchester United dalam final Liga Juara-Juara di Rome Rabu lalu.

'Tentulah lebih baik sekali jika beberapa hari lalu kami menentang Man U, tetapi kejayaan menjulang Piala FA tetap memberikan kepuasan,' tambahnya.

Pengurus Everton, David Moyes, akur Chelsea memang layak menang tetapi tetap bangga di atas kejayaan pasukannya ke final.

'Mereka adalah pasukan yang lebih baik dan memanfaatkan peluang lebih baik daripada kami,' tegasnya.
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: KEBOLEHAN HIDDINK BAWA KEMENANGAN DISANJUNG TINGGI   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeMon Jun 01, 2009 10:15 am

LONDON: Guus Hiddink merupakan pengurus yang begitu pintar.

Itulah sanjungan Frank Lampard, penjaring gol kemenangan Chelsea ke atas Everton, kepada jurulatih dari Belanda itu yang telah memimpin Chelsea menjuarai Piala FA kelmarin.

Hiddink, pengurus sementara Chelsea selama empat bulan, akan terbang ke Moscow untuk meneruskan tugasnya sebagai jurulatih nasional Russia.

Chelsea diselubungi kemelut apabila beliau tidak di Stamford Bridge untuk mengambil alih tugas daripada Luiz Felipe Scolari yang dipecat ekoran daripada persembahan hambar dalam persaingan liga dan tengkarah dengan penyerang Didier Drogba.

Nasib Drogba, yang diarah berlatih dengan pasukan belia oleh Scolari, berubah di bawah Hiddink dengan menjaringkan gol penyamaan sebelum Lampard menyumbatkan gol kemenangan 2-1 ke atas Everton.

Keputusan itu mengakhiri dua tahun tanpa trofi bagi Chelsea, yang dijangka mengumumkan Carlo Ancelotti dari AC Milan sebagai bakal pengurus barunya.

Lampard berkata: 'Bekerja dan bermain di bawahnya adalah satu pengalaman yang hebat. Semua pemain akan memberitahu anda pandangan serupa.

'Cara beliau mengendalikan latihan, bagaimana beliau menjadikan bola sepak begitu mudah membuktikan beliau adalah pengurus yang sangat pintar. Seronok bekerja di bawahnya.

'Memanglah sedih apabila mengucapkan selamat tinggal tetapi beliau menerima beberapa hadiah daripada kami Jumaat lalu sebagai penghargaan.

'Kami semua berasa begitu rapat dengannya dan meskipun itu berbau romantik, tetapi itulah yang sebenarnya.'

Hiddink telah meninggalkan kesan besar ke atas skuad Chelsea dan ramai berasa sukar bagi penggantinya mengikut jejak beliau, juga dengan pengalaman luas yang dimiliki Ancelotti.

Lampard menambah: 'Itu adalah hakikat sebenar tetapi sesiapa yang datang ke Chelsea sedar beliau memikul tugas yang berat.

'Kejayaan merupakan sesuatu yang menjadi harapan setiap orang di sini, memandangkan kualiti skuad yang ada dan pelaburan yang dicurahkan.

'Jadi, pengurus baru akan memikul tugas berat tetapi saya percaya beliau mempunyai kelayakan yang baik untuk membawa kelab ini ke hadapan.'

Drogba, yang menanduk gol penyamaan, turut memberi sanjungan kepada Hiddink.

Beliau berkata: 'Kami menghadapi permulaan yang sukar (ekoran daripada gol awal Everton) tetapi kami mempunyai kualiti dan keyakinan untuk menang.

'Saya fikir disiplin para pemain yang diterapkan oleh jurulatih begitu baik. Begitu juga dengan kemesraan yang terjalin.'

'Anda tidak akan memenangi enam atau tujuh trofi dalam masa lima tahun jika tanpa disiplin dan kemesraan. Itulah aspek tambahan yang ditekankan pengurus pasukan,' tambah Drogba. -- AFP.
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: 'Kembalikan era Jose'   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeMon Jun 01, 2009 10:20 am

LONDON: Kejayaan Guus Hiddink harus memberi cabaran kepada Carlo Ancelotti yang akan mengambil tugasan selaku pengurus baru Chelsea, minggu ini buat menyambung rentetan kejayaan kelab The Blues itu selepas menjulang trofi Piala FA buat kali kelima, kelmarin.

Hiddink mengakui pesta dalam bilik persalinan selepas menewaskan Everton 2-1 di Stadium Wembley adalah cara terbaik menamatkan tempoh kendalian singkatnya, tetapi dia mahukan kejayaan itu menjadi petanda kepada tempoh lebih teratur di Stamford Bridge.

Pengurus berasal dari Belanda itu menyertai bintang Chelsea dalam pesta liar di bilik persalinan di Wembley, kelmarin, yang turut menyaksikan Roman Abramovich turut sama menari bersama-sama Michael Essien, Didier Drogba, John Obi Mikel serta anggota pasukan lain.


Trofi pertama dalam tempoh dua tahun menjelmakan sambutan itu kepada kelab yang sudah biasa dengan suasana gembira ketika di bawah kendalian Jose Mourinho.

Tetapi, ketika Hiddink gembira menikmati detik perpisahan sebelum kembali sepenuh masa selaku pengurus Russia, pengendali yang dikenali dengan sentuhan ajaib itu percaya era seperti Mourinho perlu dikembalikan Abramovich jika Chelsea terus mahu berpesta pada masa depan.

"Suasananya memang emosional di bilik persalinan kerana kami mahukan piala ini. Kami menari tarian Afrika, kemudian saya kumpulkan pemain dan petugas dalam bilik lain kerana saya tidak akan lagi dapat peluang bercakap dengan mereka.

"Saya bercakap lima minit untuk berterima kasih kepada mereka, dengan agak emosional, selepas sama-sama berusaha dalam empat bulan terakhir. Kini saya rasakan kestabilan adalah keperluan utama untuk kelab ini.

"Mereka ada terlalu banyak perubahan sejak beberapa tahun lalu dan mereka sendiri mengakuinya. Mereka perlukan strategi jangka panjang supaya mampu membina pasukan dan mengekalkan persembahan di tahap tertinggi.

"Pemain-pemain tahu apa yang mampu mereka lakukan. Kejayaan ini mungkin jadi masa untuk masa depan. Mereka sudah buktikan bahawa mereka mampu melakukannya," kata Hiddink. – AFP
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: Ballack sambung kontrak setahun   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeMon Jun 01, 2009 10:25 am

LONDON - Pemain tengah Jerman, Michael Ballack yang hanya diturunkan sebagai pemain gantian pada perlawanan akhir Piala FA kelmarin, bersetuju menyambung kontrak setahun bersama Chelsea, lapor BBC semalam.

Ballack hanya dimasukkan pada babak kedua ketika Chelsea menundukkan Everton 2-1 untuk muncul juara Piala FA di Stadium Wembley.

"Saya belum lagi menandatangani kontrak tetapi saya sudah bersetuju untuk menyambung setahun lagi bersama pasukan,'' kata Ballack.

Menurut Ballack lagi, dia menjangkakan beraksi di bawah bimbingan Carlo Ancelotti apabila jurulatih AC Milan itu menggantikan Guus Hiddink, musim depan.

"Saya tidak pernah bekerja di bawahnya dan saya tidak begitu mengenalinya, tetapi melihat apa yang telah dilakukan di Milan, saya percaya dia seorang pengurus yang berjaya.

"Ia masih belum disahkan tetapi nampak seperti dia (Ancelotti) akan menjadi jurulatih,'' kata Ballack kepada BBC Sport.

Ancelotti kini menunggu masa untuk mendedahkan sama ada dia bakal menjadi jurulatih Chelsea menggantikan Hiddink selepas saingan Serie A berakhir secara rasmi, hari ini.

Hiddink yang menggantikan Luiz Felipe Scolari, yang dipecat pada Februari lalu akan kembali kepad tugas hakikinya iaitu jurulatih kebangsaan Rusia selepas empat bulan dipinjamkan kepada Chelsea.

Ballack, yang menyertai Chelsea di bawah bimbingan Jose Mourinho pada 2006 telah membantu kelab itu merangkul dua Piala FA.

Namun, kapten Jerman itu menegaskan, dia mahukan kejuaraan yang lebih besar musim depan dan menamatkan dominasi Manchester United.

"Apa yang kami perlukan di Chelsea adalah konsisten. Tidak banyak yang perlu kami ubah untuk memenangi Liga Perdana musim depan.

"Kami memiliki pasukan yang hebat iaitu perkara yang paling penting tetapi malangnya kami kena bertukar pengurus sekali lagi dan kami memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

"Setiap jurulatih mempunyai pendekatan yang berbeza dan pemain kena mengenalinya - harap kami tidak memerlukan masa yang terlalu panjang kerana kalau ia berlaku, kami akan ketinggalan di belakang,'' kata Ballack.

Menurut Ballack, meski pun bakal bertukar jurulatih, namun dia percaya kehadiran jurulatih baru tidak bermakna Chelsea perlu melakukan pembelian pemain secara besar-besaran.

"Saya tidak fikir kami kena beli mana-mana pemain kerana kami sudah pun memiliki ramai pemain yang bagus di bangku simpanan.

"Ia adalah hak kelab untuk memutuskan tetapi kalau anda lihat prestasi keseluruhan kami sejak beberapa tahun lalu, kami sudah memiliki skuad yang bagus dan menuju ke arah yang betul,'' katanya. - AFP
Back to top Go down
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: Misi Ancelotti pastikan Chelsea julang liga EPL   BERITA CHELSEA I_icon_minitimeWed Jun 03, 2009 10:48 am

LONDON: Ketua pasukan Chelsea, John Terry mengakui tugas pertama Carlo Ancelotti di Stamford Bridge adalah untuk memastikan The Blues menjadi antara pencabar utama Liga Perdana Inggeris.

Ancelotti menandatangani kontrak tiga tahun bernilai 6.5 juta pound (RM37.1 juta) setahun kelmarin untuk menggantikan Guus Hiddink sebagai pengurus kelab di barat London itu.

Warga Itali itu menjadi sasaran pemilik Chelsea, Roman Abramovich kerana rekod baiknya dalam Liga Juara-Juara Eropah. Ancelotti membawa AC Milan beraksi dalam tiga final, menang dua kali selain memenangi kejuaraan itu dua kali sebagai pemain Milan.

Namun Terry lebih bimbang dengan prestasi Chelsea dalam liga tempatan selepas pasukan itu gagal menempatkan diri dalam kelompok dua pasukan teratas buat kali pertama sejak Abramovich membeli kelab berkenaan pada 2003.

Selepas Guus Hiddink meninggalkan Chelsea dengan kejayaan menjuarai Piala FA, Sabtu lalu, Ancelotti akan mengambil alih pasukan yang kian berkeyakinan untuk menamatkan penguasaan tiga tahun berturut-turut Manchester United sebagai juara liga.

Terry, yang percaya Chelsea harus mampu bersaing merebut piala itu, berharap Ancelotti adalah orang yang dapat membawa kembali piala itu ke Stamford Bridge.

Dalam surat terbukanya kepada penyokong Chelsea, Terry menulis: “Hiddink tiba pada waktu yang sukar ketika segalanya kelihatan akan terlepas daripada genggaman kami. Tetapi dia berjaya membimbing kami menjuarai Piala FA dan hampir menjejak kaki ke final Liga Juara-Juara, yang boleh dikatakan satu kejayaan hebat.

“Sebab itu kedudukan ketiga dalam liga tidak cukup baik untuk Chelsea. Ia adalah penamat paling buruk sejak Abramovich membeli kelab ini dan kami tahu perlu melakukan yang lebih baik.

“Ia adalah hebat untuk memenangi Piala FA tetapi kami mahu lebih daripada itu dan itulah yang perlu ada pada diri kami,” katanya. - AFP


Cetak artikel
Back to top Go down
Sponsored content





BERITA CHELSEA Empty
PostSubject: Re: BERITA CHELSEA   BERITA CHELSEA I_icon_minitime

Back to top Go down
 
BERITA CHELSEA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Berita EPL
» Berita Formula 1 (F1)
» CHELSEA FC
» chelsea matchES
» Gambar adik kepada Didier Drogba (Chelsea)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Diskusi :: Bola Sepak-
Jump to: