Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Berita Formula 1 (F1)

Go down 
AuthorMessage
sash
Admin
sash


Posts : 114
Join date : 2009-04-21
Age : 52
Location : Kuala Lumpur

Berita Formula 1 (F1) Empty
PostSubject: Berita Formula 1 (F1)   Berita Formula 1 (F1) I_icon_minitimeSat Apr 25, 2009 5:57 pm

Ferrari mahu bangkit - 25/4/09

MANAMA - Musim kejayaan Ferrari harus bermula di Bahrain minggu ini, tegas pelumba Brazil, Felipe Massa kelmarin setelah pasukan juara Formula Satu itu gagal memperoleh sebarang mata dalam tiga perlumbaan awal.

Massa berjaya mencipta kemenangan di Litar Sakhir sejak dua tahun lalu.

Namun pelumba tersebut menggambarkan bahawa kejayaan dahulu adalah terlalu jauh untuk diulangi olehnya pada perlumbaan esok.

"Kamu sama sekali tidak boleh menyatakan tidak. Namun begitu, apa yang pastinya ialah perlumbaan ini tidak akan berlangsung dengan mudah.

"Saya percaya kami boleh mempamerkan perlumbaan menarik. Sama ada kami boleh mencatat kemenangan atau tidak, ia adalah satu perkara yang berbeza.

"Biarpun begitu, saya yakin kami boleh memberi aksi yang lebih kompetitif dan memperoleh mata sempurna.

"Kami perlu memulakan musim kejuaraan kerana sehingga kini, pasukan ini masih belum memulakannya," kata Massa kepada pemberita.

Ferrari merupakan sebuah pasukan Formula Satu yang paling berjaya di arena sukan lasak tersebut dan sangat terkenal.

Tetapi pasukan tersebut berhadapan dengan permulaan buruk musim ini, selepas mengalami keciciran mata dalam tiga perlumbaan di Australia, Malaysia dan China.

Pasukan ternama itu tidak pernah gagal dalam memperoleh mata pada empat perlumbaan pertama setiap musim.

Massa juga pernah tiba di Bahrain tahun lalu tanpa sebarang mata, biarpun menduduki tempat ketiga keseluruhan 2008.

Malah dia berjaya membantu rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen untuk membolehkan Ferrari muncul pemenang pertama dan kedua di sini.

"Situasinya adalah sama. Tidak ada siapa yang bercakap mengenai masa depan saya dan itulah satu-satunya kelainan.

"Namun begitu, tekanan sentiasa ada di sana. Kami harus keluar daripada situasi sukar masa ini," kata Massa. - REUTERS
Back to top Go down
https://frenzunited.forumotion.net
sash
Admin
sash


Posts : 114
Join date : 2009-04-21
Age : 52
Location : Kuala Lumpur

Berita Formula 1 (F1) Empty
PostSubject: Re: Berita Formula 1 (F1)   Berita Formula 1 (F1) I_icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:24 pm

Trulli raih petak depan GP Bahrain

SAKHIR, Bahrain – Jarno Trulli meraih petak depan pertamanya musim ini sambil pasukannya, Toyota menguasai kedudukan 1-2 pada sesi kelayakan Grand Prix Bahrain di sini, semalam.

Trulli yang mencatat masa 1 minit 33.431 saat bakal ditemani rakan sepasukan yang mencatat masa kedua terpantas, Timo Glock di sebelahnya apabila memulakan perlumbaan sebenar hari ini.

“Esok (hari ini) bakal menjadi perlumbaan yang menarik untuk kami selepas dapat menduduki tempat pertama dan kedua, juga baik untuk pasukan, untuk Toyota. Satu keputusan yang menarik,” kata Trulli.

Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel pula mencatat masa ketiga terpantas diikuti juara GP Australia dan Malaysia sebelum ini, Jenson Button (Brawn GP) untuk melengkapkan barisan kedua.

Barisan ketiga pula menjadi milik pelumba McLaren, Lewis Hamilton yang akan duduk bersebelahan Ruben Barrichello.

Bagi Trulli, ini merupakan petak depan keempat berjaya diraih dalam kariernya manakala bagi Toyota, ia yang ketiga dalam tempoh lapan tahun dan pertama dalam tempoh empat tahun.

Fernando Alonso (Renault) pula menghuni petak ketujuh berpasangan dengan Felipe Massa (Ferrari) di petak kelapan.

Pelumba Force India, Adrian Sutil diturunkan ke petak belakang selepas dikatakan menghalang laluan Mark Webber.
Back to top Go down
https://frenzunited.forumotion.net
sash
Admin
sash


Posts : 114
Join date : 2009-04-21
Age : 52
Location : Kuala Lumpur

Berita Formula 1 (F1) Empty
PostSubject: Re: Berita Formula 1 (F1)   Berita Formula 1 (F1) I_icon_minitimeMon Apr 27, 2009 2:01 am

Button juara GP Bahrain

SAKHIR (Bahrain), 26 April – Pemandu pasukan Brawn GP, Jenson Button memenangi Grand Prix Bahrain untuk meneruskan penguasaan di tangga teratas kejuaraan keseluruhan pemandu.

Kejayaan pemandu Brawn itu menutup peluang untuk pasukan Toyota mencatatkan kemenangan pertama selepas dua jentera pembuat kereta dari Jepun itu memulakan perlumbaan di dua petak depan buat pertama kali.

Pemandu Jerman, Sebastian Vettel merupakan pemandu di tempat kedua untuk Red Bull manakala Jarno Trulli (Toyota) ketiga.

1 Jenson Button - Brawn-Mercedes
2 Sebastian Vettel - RBR-Renault
3 Jarno Trulli - Toyota
4 Lewis Hamilton - McLaren-Mercedes
5 Rubens Barrichello - Brawn-Mercedes
6 Kimi Räikkönen - Ferrari
7 Timo Glock - Toyota
8 Fernando Alonso - Renault
9 Nico Rosberg - Williams-Toyota
10 Nelsinho Piquet - Renault
11 Mark Webber - RBR-Renault
12 Heikki Kovalainen - McLaren-Mercedes
13 Sebastien Bourdais - STR-Ferrari
14 Felipe Massa - Ferrari
15 Giancarlo Fisichella - Force India-Mercedes
16 Adrian Sutil - Force India-Mercedes
17 Sebastien Buemi - STR-Ferrari
18 Robert Kubica - BMW Sauber
19 Nick Heidfeld - BMW Sauber
20 Kazuki Nakajima - Williams-Toyota
Back to top Go down
https://frenzunited.forumotion.net
Sponsored content





Berita Formula 1 (F1) Empty
PostSubject: Re: Berita Formula 1 (F1)   Berita Formula 1 (F1) I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Berita Formula 1 (F1)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Berita EPL
» BERITA CHELSEA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Diskusi :: Permotoran-
Jump to: