Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Berita EPL

Go down 
2 posters
AuthorMessage
sash
Admin
sash


Posts : 114
Join date : 2009-04-21
Age : 52
Location : Kuala Lumpur

Berita EPL Empty
PostSubject: Berita EPL   Berita EPL I_icon_minitimeSat Apr 25, 2009 5:36 pm

The Reds kena kukuh pertahanan - 25/4/09

Pepe Reina mengakui Liverpool perlu mengukuhkan semula bahagian pertahanan untuk membolehkan mereka menjuarai Liga Perdana England (EPL).

Menjelang aksi di Hull, skuad Reds bergantung kepada kesilapan pendahulu liga, Manchester United ekoran perbezaan mata yang kecil untuk mereka kembali mencabar kejuaraan musim ini.

United mendapat manfaat daripada Liverpool yang seri 4-4 dengan Arsenal apabila mengalahkan Portsmouth 2-0 Rabu lalu dan memiliki kelebihan tiga mata di tangga teratas liga serta kurang satu perlawanan.

Sebelum ini, pasukan Rafael Benitez kembali berada kedudukan sebagai calon juara apabila menang lima perlawanan berturut-turut sebelum terpaksa berkongsi satu mata dengan Gunners.

Kata Reina: "Kami menjaringkan banyak gol namun kami juga perlu berusaha dan memperbaiki pertahanan. Menjaringkan gol merupakan perkara yang paling sukar dalam bola sepak tetapi kini kami terpaksa menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan.

''Kami perlu sentiasa ada keseimbangan di antara penyerang dan pertahanan. Sebab itu kami sentiasa layak dalam Liga Juara-Juara dan saingan trofi lain, kerana kami sebuah pasukan yang seimbang. Kami perlu mencari kembali corak seperti ini.''

Walaupun United lebih cerah untuk mengekalkan kejuaraan liga, Reina bertegas bahawa skuad Benitez akan berjuang sehingga ke perlawanan terakhir kempen musim ini.

Dalam pada itu di Manchester, England, pemain United, Darren Fletcher mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak cepat berpuas hati dengan kelebihan tiga mata berbanding pencabar terdekat ketika ini.

Ini kerana katanya, saingan merebut kejuaraan EPL masih terbuka walaupun United turut memiliki kelebihan kurang satu perlawanan berbanding Liverpool dan Chelsea.

Fletcher menegaskan, apa yang penting ialah kekal fokus dan tidak mencicirkan mata dalam baki enam perlawanan lagi musim ini.

"Kami ada dua perlawanan di tempat sendiri dan baki empat lagi di tempat lawan. Jadi kami perlu hadapi satu persatu.

"Hanya kemenangan boleh menjamin kejuaraan milik kami dan ia memerlukan tumpuan yang cukup tinggi untuk melakukannya," katanya.

Namun khabar terbaru merisaukan Sir Alex Ferguson dengan krisis kecederaan barisan pertahanan membabitkan Gary Neville dan John O'Shea. - AFP
Back to top Go down
https://frenzunited.forumotion.net
sash
Admin
sash


Posts : 114
Join date : 2009-04-21
Age : 52
Location : Kuala Lumpur

Berita EPL Empty
PostSubject: Re: Berita EPL   Berita EPL I_icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:32 pm

Liverpool, Chelsea terus hambat United

LONDON - Liverpool dan Chelsea meneruskan usaha mengejar pendahulu, Manchester United selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam saingan Liga Perdana England, malam tadi.

Liverpool yang beraksi di tempat lawan menang selesa 3-1 ke atas Hull City untuk menghidupkan sisa-sisa peluang mereka memburu kejuaraan liga musim ini.

Selepas Xabi Alonso membuka jaringan pada minit ke-45, Liverpool menambah dua lagi jaringan di babak kedua menerusi Dirk Kuyt (m-63, 89).

Hull City yang terpaksa bermain 10 orang selepas sejam permainan berlangsung memperoleh gol tunggal menerusi Caleb Folan (m-72).

Kemenangan itu membolehkan Liverpool kini mengumpul 74 mata sama dengan United yang bagaimanapun bermain kurang dua perlawanan.

Chelsea pula menang tipis 1-0 ke atas West Ham di tempat lawan untuk berada tiga mata di belakang United dan Liverpool.

Gol kemenangan Chelsea itu disumbang Salomon Kalou pada minit ke-55.

Ketika berita ini ditulis, United akan turun menentang Tottenham Hotspurs di Old Trafford.

Jika menang United kembali memiliki kelebihan tiga mata mengatasi Liverpool dan kurang satu perlawanan dalam tangan.

Liverpool kini hanya mengharapkan belas ihsan United mencicirkan mata penting untuk mereka merampas kedudukan pendahulu. - Agensi
Back to top Go down
https://frenzunited.forumotion.net
sash
Admin
sash


Posts : 114
Join date : 2009-04-21
Age : 52
Location : Kuala Lumpur

Berita EPL Empty
PostSubject: Re: Berita EPL   Berita EPL I_icon_minitimeSun Apr 26, 2009 2:48 pm

Khidmat Tevez terus ditagih

MANCHESTER - Sir Alex Ferguson tidak menghiraukan rungutan Carlos Tevez bahawa peluangnya terhad untuk disenarai ke skuad utama Manchester United dan menegaskan dia optimis untuk mengekalkan penyerang Argentina itu pada musim panas ini.

Tevez dipetik sebagai berkata di negara asalnya minggu ini bahawa dia akan meninggalkan Old Trafford pada hujung musim ini kerana kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama, iaitu dakwaan yang disangkal oleh Ferguson.

''Sama ada perlawanan yang melibatkan aksinya adalah perlawanan penting atau tidak, itu persoalan lain namun dia telah bermain dalam beberapa perlawanan penting.

''Saya tidak mahu dia berasa kurang gembira kerana dia pemain yang penting bagi kami.

''Apa yang menyukarkan apabila anda mempunyai banyak pilihan seperti mana saya - saya menurunkan seorang lagi penyerang bersama Berbatov, juga saya mempunyai pilihan menurunkan Ronaldo sebagai penyerang - anda mencetuskan masalah pada diri sendiri kerana semua pemain mahu bermain pada setiap perlawanan.

''Namun mereka tidak boleh bermain pada setiap perlawanan di dalam liga ini - ia mustahil.

''Saya rasa dia benar-benar mahu kekal di sini dan ia sesuatu yang kami cuba usahakan.

''Saya telah memberitahunya berulang kali. Tidak banyak yang mampu saya lakukan lagi,'' kata Ferguson.

Kerumitan latar belakang status kontrak Tevez bermakna bekas penyerang West Ham itu yang hanya dipinjamkan di Old Trafford akan menjadi pemain tanpa kelab dengan mempunyai hak untuk meninggalkan United.

Namun, berdasarkan sumbangan dan usahanya di United menyebabkan dia sangat penting kepada pasukannya dan Ferguson yakin Tevez boleh berbangga dengan peranan yang dimainkan dalam kejayaan pasukan.

''Dia sering melakukan percubaan menarik. Itu merupakan salah satu kualitinya. Dia ibarat harimau, dia merebut setiap pergerakan bola, dia mampu mengawal bola dengan baik di bahagian depan,'' kata Ferguson lagi. - AFP
Back to top Go down
https://frenzunited.forumotion.net
sash
Admin
sash


Posts : 114
Join date : 2009-04-21
Age : 52
Location : Kuala Lumpur

Berita EPL Empty
PostSubject: Re: Berita EPL   Berita EPL I_icon_minitimeMon Apr 27, 2009 12:41 pm

Giggs Pemain Terbaik EPL

LONDON 27 April – Pemain Manchester United, Ryan Giggs dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana England (EPL) buat pertama kali oleh Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) hari ini.

Walaupun hanya beraksi dalam 12 perlawanan liga dan menjaringkan satu gol setakat ini, pemain Wales itu akhirnya memenangi anugerah tersebut selepas 18 tahun mewakili United.

Dia mengetepikan saingan rakan sepasukan di United, Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Edwin van der Sar dan Rio Ferdinand serta pemain Liverpool Steven Gerrard.

Giggs merupakan pemain Wales pertama memenangi anugerah itu selepas bekas penyerang United, Mark Hughes pada 1991. - Reuters
Back to top Go down
https://frenzunited.forumotion.net
frank_lampard

frank_lampard


Posts : 96
Join date : 2009-04-24

Berita EPL Empty
PostSubject: ''PENGURUS BARU CHELSEA BOLEH MELENTING SEPERTI FERGUSON''   Berita EPL I_icon_minitimeWed May 20, 2009 10:32 am

LONDON: David Beckham telah memberitahu bintang-bintang Chelsea supaya waspada dengan sikap berang jurulatih Carlo Ancelotti.

Bintang midfield ini pernah bermain di bawah jurulatih Italy itu semasa dipinjamkan ke AC Milan dengan Ancelotti dijangka diumumkan sebagai pengurus baru kelab di Stamford Bridge itu.

Dan Beckham turut memberi amaran bahawa Ancelotti boleh melahirkan kemarahannya seperti Sir Alex Ferguson dari Manchester United kepada sesiapa saja yang gagal bermain dengan baik.

'Ancelotti mempunyai ciri-ciri seperti pengurus-pengurus pasukan terkemuka dunia,' tegas Beckham.

'Pada umumnya beliau lebih suka merendah diri dan tidak banyak bercakap. Tetapi beliau juga mempunyai sikap yang sebaliknya.

'Walaupun saya belum pernah menjadi 'mangsa' kemarahannya, saya pernah menyaksikan beliau melepaskan kemarahannya.

'Jika beliau mahu menyampaikan pandangannya, beliau tidak teragak-agak melakukannya,' tambah Beckham, yang berada di London bagi pelancaran permohonan England untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.

Chelsea menegaskan bahawa Ancelotti mesti membaiki kemahirannya bertutur bahasa Inggeris sebaik saja beliau mengambil alih.

Jurulatih Italy itu difahamkan telah berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sejak lapan bulan lalu.

Selepas bekas jurulatih, Luiz Felipe Scolari, terkial-kial untuk menyampaikan arahannya kepada para pemain, para pegawai kanan Chelsea tidak mahu keadaan yang sama berulang.

Ancelotti berharap dapat menambah dua lagi kakitangan kejurulatihan.

Bagaimanapun, Ray Wilkins dipercayai akan dikekalkan tetapi Ancelotti telah membayangkan bahawa beliau mahukan jurulatih pasukan utama, Filippo Galli, menyertainya dari Milan.

Jurulatih penjaga gawang, William Becchi, mungkin tidak berpeluang untuk menggantikan Christophe Lollichon, yang mempunyai hubungan akrab dengan penjaga gawang utama Chelsea, Petr Cech.

Sebelum ini Beckham mendedahkan bahawa bintang-bintang Milan telah memohon Ancelotti supaya jangan berpindah ke Stamford Bridge.

Ancelotti merupakan seorang jurulatih yang bijak dan amat disukai oleh para pemainnya.

'Saya bertuah kerana dapat bermain di bawah bimbingannya dan beliau merupakan seorang jurulatih yang unggul,' kata bintang Los Angeles Galaxy itu.

Beckham percaya pemindahan Ancelotti akan menjadi kenyataan sambil menambah: 'Saya mengucapkan selamat berjaya kepada beliau.' - The Sun.
Back to top Go down
Sponsored content





Berita EPL Empty
PostSubject: Re: Berita EPL   Berita EPL I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Berita EPL
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Berita Formula 1 (F1)
» BERITA CHELSEA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Diskusi :: Bola Sepak-
Jump to: