[b][i]Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bapak2 dan ibuk2 sekalian ... ( para penonton .. eh terdangdung la pulok ... ) Dengan ini saya dengan penuh rendah diri (walaupun dalam kategori org yg agak tinggi dan berisi .. sedang2 elok saja .. ) ingin memperkenalkan diri yg sememangnya tak le seglemer saudara DB, DR, Abeyy, Sash, Apple dan sewaktu dengannya ..
Orangnya sederhana tapi meriah, tak hensem tapi ada rupa (kalau takde rupa hantu maknenyer), pemalu ada masanya, amat berminat dengan kaum hawa atau muslimah (kaum adam kengkawan sudehhh). Adapun saya ini suke berpeleseran tapi bukan Bojan, Mat Rempit atau yang mana2 dlm kategori yg bughok perangai. Tapi amat suke menyakat dan menolong orang. Selalu mem'volunteer'kan diri untuk menjadi Host/Steward (bkn rock steward atau stewardess) kerna sudah terbiasa jadi penganjur atau tuan tanah, eh tuan rumah.
Apa lagi nak citer, ohya, la ni dok keja sendiri (self-employed) tp EPF ada la RM60k++, kotla nak dijadikan sandaran nnt kan .. ada gak Simpanan Tabung Haji tapi lama tak update, ASB pon ada (tak ingat belennyer) sekarang ni sedang menunggu pinangan dari kaum HAWA, kiranya ada yang sudi dan tak terikat dek adat dan protokol .. aiii malu la aiiii ... ahaksss ...
Skianla perihal saya, nak tau lebih lanjut, sila jumpa saya personally, hanya untuk MUSLIMAH sahaja!!! WAKAKAKAKA